Thursday, June 25, 2009

Jahitan Manik Menambah Seri


Baju kurung manik jahitan tangan di bahagian dada dan tangan. Cantik dipakai untuk ke pejabat ataupun majlis sederhana yang tidak terlalu menyerlah. Juga sesuai untuk dipakai seharian. Sentuhan jahitan manik menambahkan seri kepada baju kurung asli yang nampak biasa pada mulanya. Tetapi dengan tambahan warna dan silauan manik, is menjadi lebih glamour untuk dibawa ke majlis.


Corak jahitan manik boleh diolah mengikut citarasa pemakai. Menyerlahkan penampilan dan peribadi pemakainya.



Jahitan manik juga boleh ditambah kepada bunga atau corak asal fabrik seperti gambar ini. Ia menambah seri kain dan keterampilan pemakainya.

Tempahan jahitan manik pelbagai corak dan warna boleh dibuat dengan harga serendah RM35 sehingga boleh mencapai RM500 bergantung kepada corak, jenis fabrik dan jumlah penggunaan manik.

Monday, June 22, 2009

Nostalgia

Saya telah berniaga di Medan Mara selama tiga tahun. Pelbagai suka duka dan pahit manis kehidupan telah dialami bersama rakan dan keluarga di sana.

Juga didalam gambar ini adalah anak buah saya yang sangat pintar dan suka menyanyi, Shahmi. Pada masa yang akan datang lebih banyak cerita pasal si kecik ni saya akan selitkan.