Thursday, July 2, 2009

PROJEK PELAJAR IKN (INSTITUT KRAF NEGARA)

Pada awal bulan mei yang lalu, saya dan rakan saya telah membantu pelajar IKN mejahit set ruang tamu. Kesemua corak-corak fabrik tersebut telah direka sendiri oleh pelajar IKN. Berikut adalah hasil jahitan saya.

Corak yang bermotikan buah kelapa.

Corak bermotifkan betik.

Corak yang bermotifkan periuk kera.

Thursday, June 25, 2009

Jahitan Manik Menambah Seri


Baju kurung manik jahitan tangan di bahagian dada dan tangan. Cantik dipakai untuk ke pejabat ataupun majlis sederhana yang tidak terlalu menyerlah. Juga sesuai untuk dipakai seharian. Sentuhan jahitan manik menambahkan seri kepada baju kurung asli yang nampak biasa pada mulanya. Tetapi dengan tambahan warna dan silauan manik, is menjadi lebih glamour untuk dibawa ke majlis.


Corak jahitan manik boleh diolah mengikut citarasa pemakai. Menyerlahkan penampilan dan peribadi pemakainya.



Jahitan manik juga boleh ditambah kepada bunga atau corak asal fabrik seperti gambar ini. Ia menambah seri kain dan keterampilan pemakainya.

Tempahan jahitan manik pelbagai corak dan warna boleh dibuat dengan harga serendah RM35 sehingga boleh mencapai RM500 bergantung kepada corak, jenis fabrik dan jumlah penggunaan manik.

Monday, June 22, 2009

Nostalgia

Saya telah berniaga di Medan Mara selama tiga tahun. Pelbagai suka duka dan pahit manis kehidupan telah dialami bersama rakan dan keluarga di sana.

Juga didalam gambar ini adalah anak buah saya yang sangat pintar dan suka menyanyi, Shahmi. Pada masa yang akan datang lebih banyak cerita pasal si kecik ni saya akan selitkan.

Monday, February 16, 2009

SELAMAT DATANG SEMUA...

Salam buat semua pengunjung blog ini.

Sebagai pembukaan, saya ingin memperkenalkan diri saya.
Nama saya Lee, tukang jahit pakaian Melayu tradisional dan moden yang telah berkecimpung dalam bidang jahitan selama lebih dari pada 10 tahun.

Sekarang saya menjalankan perniagaan saya di Lot 14, Pasar Rakyat, Medan MARA, Kuala Lumpur. Sedia mengambil tempahan jahitan pakaian moden/tradisional, corset, manik, sulaman dan langsir. Selain itu saya juga memperagakan pakaian ready-made di kedai saya untuk mereka yang lebih suka memilih jahitan sedia ada. Pelbagai saiz untuk pilihan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian ini, 017-3180035.

Blog ini akan diupdate daripada masa ke semasa dengan contoh-contoh baju jahitan kedai saya untuk tatapan dan sumber inspirasi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan.

Sekian dulu sehingga ke posting akan datang. Tunggu.....